kerja keras + work presure

November 11, 2009

Salam semua…

Hari nih hari yang agak tidak cemerlang aku bekerja. tekanan kerja dah mula overhelming berbanding motivasi aku untuk bekerja. dah rasa sangat di – motivated unutk buat kerja semata – mata satu masalah besar yang dah create 3 tahun lepas . kesalahan management didalam membuat keputusan. aku pom x tau la kenapa hal nih menjadi macam nih dengan perancangan yang main tangkap muat nya dan pengurusan yang kucar kacir . hal yang barah kini semakin parah. aku esok ada retreat tapi skang aku dah malas nak buat. rasa macam nak cakap jer kat retreat tuh nak jadi apa , jadi lah aku dah x kisah…. tapi aku rasa macam x bertanggunjwab pulak. masalah nya apabila tempat aku berkerja nih ada membuat Research and development dia punya perancangan untuk sistem nih very loose… x der objektif yang jelas dan x der kepimpinan yang bagus… ntah la aku dah malas rasanya nak kerja keras unutk tempat nih selagi hal nih x selesai… beli la sistem yang dah sedia ada lagi jimat lagi x memeningkan kepala….. apa la nak jadi ngan orang sekarang nih… (hehehehe) benda senang ada nak benda susah kalo jimat lagi x per nih lagi mahal,,memeningkan kepala.. lagi sakit hati… ya Allah bantu lah aku untuk bersabar…..

Today is last day

October 19, 2009

Today is last day for syawal … mcm aku jugak hari nih hari terakhir aku nak berpuasa 6. dalam sebulan kita beraya nih mujur la hari nih aku harap dapat selesaikan hari terakhir aku untuk berpuasa 6. kenapa tah tahun nih lambat sgt nak habis . biasanya dalam minggu ke 3 tuh dah setel dah.

Mungkin jugak tahun nih berbeza sikit aku dah mula banyak menerima jemputan rumah terbuka.. untuk semalam saja aku ada 3 jemputan rumah terbuka dan satu kenduri tahlil. itu belum hari sabtu yang aku kena g cuma 2 tempat sahaja.

Untuk bulan nih aku rasa berat aku makin betambah kalo dulu lepas habis puasa dalam 65 kilo x tau la badan aku nih naik berapa kilo lagi…

Perut makin MEWAH.. lambang kelakian yg sebenar heheheheh…. mungkin jugak masa bulan puasa tuh aku stop semua joging petang aku dah 2 bulan aku x bejonging. mungkin la aku akan mula bejoging start esok kot.

Aku pom x suka badan rasa berat nih rasa macam x fit lak. nak lari sikit pom dah mengah..

berapa ekk target aku bulan nih.. nak turun berapa kilo…. !!??

rumah baru

October 6, 2009

Salam

Mulai hari ini aku dah x tinggal kajang. tinggal kawan untuk dapatkan kawan baru. rumah kat kajang sudah menjadi sejarah bagi aku. susah senang menempuh pejalanan 40 minit tiap kali nak pegi dan balik kerja. hujan lebat dan jambatan sudah sinonim dengan moto aku. hari nih aku masih bermotor lagi ke tempat kerja tapi aku hari nih cuma memerlukan 20 minit untuk ke tempat kerja 5 kali seminggu dan kadang2 lebih.. kadang2 kurang. cuma kat sini x der komuter yang murah di ganti ERL yang mewah. untuk ke KL jer dah RM12 sehala.. aku nak jugak naik ERL tapi tunggu la. kaadaan x memerlukan lagi aku ke sana.

Doakan aku dapat menjaga hubungan silaturrahaim dengan kawan serumah di kajang dan jangan lupa agar aku mesra dengan kawan serumah sekarang.

ps: seronok dapat besembang dengan orang yg paham pasal kerja kita.

Salam semua….
Pertama2 sekali penulis ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca.. tahun nih penulis macam biasa la berkampung kat taiping .. seminggu jugak la penulis amik cuti .. balik kampung naik bas balik KL naik ketapi.. first class punya tiket la .. Muahahaha… harga nya RM 53 sehala dari taiping ke KL central .. Class ke dua Rm 28 tapi hari tuh tiket kelas dua dah habis..tapi di sebabkan penulis nak merasa jugak naik ketapi nih .. terpaksa la berkorban sikit.. tapi apa2 hal pom penulis rasa pelaburan tuh berbaloi la… untuk first class koc tambahan tuh penulis bagi 3 bintang dari 5 bintang… ok tuh cerita pasal perjalanan.

Tapi yang penulis nak cerita nih pasal sehari dua selepas raya.. aduh betubi- tubi penulis kena tembak .. SOALANNYA ialah … BILA NAK KAWIN…!!?? hari tuh penulis ada la message2 ngan abah yang penulis secara beseloroh mintak abah yang carikan.. abah penulis terus tepon 2 akak penulis mintak carikan.. abah pom dah carikan calon untuk penulis disamping tuh akak penulis pom siap bawak balik gambar kat penulis untuk penulis pilih mana yang berkenan.. dari cikgu sampai la doktor.. ada 4 calon.. aduhh.. diam jer la aku x berkata apa….

aku pasrah .. kelu x boleh nak melawan….. alasan penulis cuma nak sambung belajar tapi dapat la dipatahkan pulak oleh abg ipar aku.. dia pom study sambil kerja n kahwin anak 3 dah…

Mencari Cinta Ilahi

September 7, 2009

salam

Penulis

Penulis


semua semperna ramdhan al-mubarak nih penulis mencipta misi sendiri memburu masjid2 sekitar kediaman penulis untuk bersolat. x kira la solah tarawih atau pom solat fardu.. baru baru nih penulis berkesempatan pergi bersolat di masjid besi atau pom nama sebenarnya masjis sultan mizan yang dikatakan inilah sebenarnya simbol pentadbiran putrajaya dan bukan nya masjid putra.. Masjid putra tuh agaknya simbol putrajaya jer kot.. Allahhua’lam. mana2 pom rumah Allah

Masjid nih sebenarnya penulis kunjungi untuk solat Zohor. masjid nih agak besar dalam 4 tingkat termasuk 2 tingkat lot parking 2 tingkat dewan solat dan 1/2 dewan solat perempuan… ala biasanya kalo kat masjid2 sekarang macam beranda tuh.. masjid nih x siap sepenuhnya lagi.. dari pemerhatian penulis bayk lagi kerja kemasan yg dilakukan oleh pemaju..

Masjid yang cantik berkonsepkan terbuka. tampa ekon .dindingnya celus angin maknanya kalo malam sejuk nih.. dewan solat utama pulak x der diniding angin segar dari tasik berdekatan sentiasa mengembus muka… K la harap semua yang berdekatan dapat la singgah ke masjid nih.. Penulis merasakan ini antara konsep baru masjid di malaysia yang menggunakan hampir sepenuhnya nikmat Ilahi yang bernama angin dan air..

Lantai masjid dan kolam air

Lantai masjid dan kolam air

Peluang kedua

September 1, 2009

broken-heartSalam

Bisakah hati anda terusik dengan cinta lama.. saya selalu tapi itu dulu sekarang saya nak bebas saya x nak untuk terikat lama2 lagi.. apa yang perlu kita buat setelah betahun – tahun berpisah kini dia kembali meminta peluang kedua..

Bagi saya cukuplah .. kisah dulu banyak mengajar saya erti kesetian dan kesabaran.. bukan senang melupakan kisah lama tapi ia sudah tidak memberi apa2 makna lagi.. cukup hanya ia di lipatan sejarah..

Maafkan aku.. aku tidak mahu cerita sama berulang .. tiada peluang kedua untuk mu cukup la .. aku mahu kongsi hidup ini dengan orang lain..

Mimpi …

August 24, 2009

Salam untuk semua..
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat ramadhan al- mubarak kemapada semua pembaca blog nih… nak ceritakan pasal puasa biasa la semua nya sama.. lapar dahaga.. terawih…

Tapi kali nih nak ceritakan pasal mimpi lak.. entah dah rasanya dah lama tido x bermimpi apa2.. atau pom mimpi tapi x ingat apa2 bangunnya.. tapi hari nih mimpi pulak.. dan orang kata mimpi tuh mainan tidur.. tapi mimpi nih rasa mcam lain macam lak.. rasa macam real jer.. mimpi ngeri lak tuh.. bukan mimpi hantu tapi macam mimpi orang khianat.. sihir.. dendam.. malahan mimpi orang yang dah lama aku x berjumpa..dan x pernah fikir pom pasal dia sejak 3-4 tahun lepas.. apa maksud dia aaa.. rasa mcm ada tanda jer..

harap- harap biarlah mimpi tuh tinggal mimpi .. jangan jadi apa2 sudah la.. tapi mimpi asyik terbayang2 jer dalam kotak fikiran aku..

Ya Allah hanya padamu aku berserah dan padamu lah aku kembali…

Gi joe la pulak

August 10, 2009

cobraHari sabtu hari tuh aku berkesemapatan la ker mid valley seperti baisa menghabiskan duit sikit la tgk wayang.. Pilihan aku hari tuh tgk Gi joe pukul 11.30 mujur line x beratur panjang.. jadi tiket pom x der la habis.. aku beli kul 10 pagi tiket tuhh..

Ok nak cerita pasal gi joe noh dalam 5 bintang aku bagi la dalam 4 bintang masih boleh di perbaiki la terutama dari CGI dia.. ada yg nampak x real langsung tamabahan bila org jahat nak tembak Aifel tower tuhh.. dah cukup aksi cuma grafic nya kurang… yg lain ok laa.. x bayak cakap padat ngan aksi aku rasa x gt tapi cukup la untuk menyebabkan aku paham la kenapa dan apa yg terjadi….

ceritanya bermula dengan flash back zaman dulu2 kemudian zaman akan datang laa mcm biasa.. zaman tuh yg menjual senjata di kenal sebagai mars. kira diorang la yg jadi geng jahat..

cuma aku tertarik satu dialog la dalam cerita tuhh.. antara department mars ialah shiled and sword… shield untuk mereka sejata2 pertahanan manakala sword senjata menghasilakan senjata2 seranagan..

Ok la korang tgk la cerita tuh nanti aku dah bg tau spiol pulak dah x syok tgk .. huhuhuhuhu..

see you soon … nak tgk cerita apa lagii ekkk lepas nihh…

harry_potterDalam minggu lepas aku g tengok harry potter baru nih… hary poter and half blood prince. dalam 5 bintang aku bagi la dalam 2 bintang setengah lebih sikit.. x seronok sgt la cerita dia x menarik macam yg dulu2 dah x bayak guna power2 .. aku suka buat potion jer.. tuh pom x brapa nak menjadi.. carita akhir dia tuh la x di jangka sangat .. guru besar dia mati.. pastu kenapa nama cerita tuh ada half blood prince pom x kuat.. cukup2 makan jer.. dah la tuh dia punya terjemahan pom byak salahh… cuba x nak baca dia punya terjemahan tuh … tapi mata aku melekat and automatic terbaca tulisan tuh yang mennyeabkan aku lagi tambah x paham…..

selain tuh ahad nih rasanya nak g tgk Gi JOE .. x tau la ngan sapa.. rasanya kat mid valley kot.. dalam kul 10 pgi tuh boleh la… ngan sapa ekk….. x syok sgt tgk sorang2 nihh walau ramai dalam panggung tuh…..

Ehhh… ermm.. bunyi macam tajuk puisi pulak. Sebenarnya hari nih umur aku dah mengenjak suku abad . Dah 25 thun aku hidup kat dunia yg semantara nih. Aku, nilai dan bilang – bilang hari yang dah lepas apa yang aku dah capai dalam hidup nih. seperti biasa la aku melihat kepada dunia dulu… heheheheh (meterialistik) setakat nih aku rasa aku puas apa yang aku dapat x kira yang elok ker yag x elok … cuma sekarang aku nak kejar satu jer lagi segulung sarjana.. aku rasa sudah sampai masa nya aku patut memiliknya…. rasanya duit dah cukup , aku dah kumpul sepanjang setahun aku kerja kat MMU nih.. sebulan aku simpan dalam 800 darab la dalam sepuluh bulan… boleh la menampung duit belanja aku untuk sepanjang master nihh…

kalo untuk material pulak .. aku sedikit kekurangan… tapi bagi aku x amik port la, bak kat rohayu.. staff CS yang makin matang berkata – kata bebanding masa dia masuk dulu.. tgk la kalo aku rasa master aku nih x banyak pakai duit tunggu jer la saga baru .. aku mahu menjengguh engkau..

yang lain dah suku abad apa yang aku dah capai dalam hidup nihh.. cinta.. teman.. anak2.. satu pom x terpalit lagi dalam sejarah hidup aku.. mungkin la cinta itu pernah dalam diari hati aku tapi kini dah lenyap kabur dalam kabus masa yg lepas. Dia dah berpunya dah 2-3 kali ganti.. aku tetap sama masih solo dan x sedia untuk komitment itu lagi… lukanya sudah sembuh tapi masih berparut.. heheheheh

lain- lain apa ekk.. x der update sgt.. cuma skang nih sibuk sikit.. rezeki Allah tentukan (bunyikan mcm iklan HIgh -O ).. mencurah .. cuma aku la kena jaga kesihatan sikit… mungkin dah kena penyakit insomania, payah betul untuk aku tidor malam.. kalo jam masih belum mengajak 3 pagi.. mata aku mcm sportlight lagaknya.. x ngatuk.. .

x macam kawan rumah aku.. baru masuk bilik 10 minit.. dengkurnya dah mengegar isi rumah vista perdana tuhh.. heheheheheh

ok laahh.. all the best untuk aku dan untuk korang jugak…